Myspace Backgrounds
-->

Sunday, March 24, 2013

it's because ...

Huhu..

hari ni seronok sangat.. rasa macam recall balik memori tingkatan satu time nak Karnival dulu.. ^^ kenapa? sebab kakti ade tijarah week for fsu ( fakulti syariah undang2) then dia nak jual something. so opinion abang n ayah is jual nasi dagang omam..

  Tadi tengah bertungkus lumus bungkus nasi nasi terbabit. huhu.. Can't wait to be there.. nak gi tengok kakak berniaga. ^^ okay lah.. tahu tak nama nasi dagang tuh ape? 
"Nasi Dagang Umi Kite" hehe.. memang pon kan ? 


hm? Kenapa sekarang sering bukak dan update? sebabnya.. sebenarnya.. aku dah lupa dah kewujudan blog ini ..Sedih tak? aku kan ada beberapa blog lain.. tetiba lupa pulak.. until someone came and told me bout this blog.. huhu. thanks to you dear..^^

Ungiven Letter..

Assalamualaikum My Future Imam..

To My Future Husband..

     Tahukah engkau bahawa Allah sangat menyayangi aku dengan dasyatnya?

   Kadangkala seringkali terdetik di hati ini dengan sebuah persoalan.. Mengapa Allah sering mengujiku .. tepat di hatiku..bahagian yang rapuh dalam diri ini.. Namun kini .. aku sudah tahu jawapannya..Allah tahu dimana tempat yang paling tepat agar aku sentiasa kembali mencintai-Nya, mengingati-Nya. Ujian demi ujian InsyaAllah akan membuat diriku menjadi semakin kuat .. sehingga saat Allah membenarkan kita bertemu.. kau bangga memiliki aku di hatimu...

    My future Husband..

Entah dimana dirimu saat ini . Namun aku yakin bahawa Allah mencintai kamu sebagaimana Dia mencintai aku. Aku yakin bahawa Dia sedang melatih dirimu untuk menjadi Mujahid yang sebenar sehingga aku pun bangga memiliki mu kelak. Apa yang ku harapkan darimu ialah kesolehan . Semoga sama keadaan dengan dirimu. Kerana apabila kecantikan menjadi tunggak harapan , kau akan jatuh dalam jurang kekecewaan. Aku masih kehausan ilmu namun berbekalkan ilmu yang ada saat ini , aku berharap aku mampu menjadi seorang isteri yang mendapat keredhaan Allah dan kamu..

     My Love..

 Saat aku masih diasuh oleh kedua ibu bapaku.. Pintaku pada Rabb yang satu tidak lain tidak bukan yakni agar menjadi anak solehah yang mampu memberi tabungan yang banyak kepada ibu bapa ku kelak saat disoal oleh Rabb yang Esa. Namun nanti setelah sah menjadi isterimu, aku berharap untuk menjadi pendamping yang solehah agar di syurga kelak cukup hanya aku menjadi bidadarimu dan mendampingimu yang soleh..


      My Dear..


Doakan aku agar terus tabah menempuhi era masa yang kian dihimpit dengan hujan fitnah yang tidak pernah luput. Aku sedang cuba untuk menjadi yang terbaik.^^

      Wahai calon suamiku..


Inilah sekilas coretan harapan, yang aku lakar dalam rangkaian aksara huruf, seperti kata orang " tidak semua yang dirasakan dapat diungkap dengan kata-kata " Itulah kini yang kuhadapi.

Bersabarlah wahai calon suamiku..
Doaku agar Allah memudahkan jalanmu untuk menjemput aku sebagai BIDADARI hidupmu..

Setitis kenangan

23 March 2013..

  Dah lama rupanya zaman persekolahan aku tinggalkan.. Sekarang ni selain attend kelas bahasa Arab ngan Bahasa Inggeris.. Aku dah jadi seorang driver yang berkaliber okehh... haha.. Bukan apa pon.. sekadar mengambil dan menghantar adik2 aku yang masih berhingus tuh pergi n balik sekolah sahaja.. okay saje even penat..^^ (bawak kete pon penat taw!)

   Bukan setakat zaman persekolahan dah lame aku tinggalkan.. Blog pon aku dah lama tak bukak.. tengok last post je dah tau.. nak dekat dua tahun dah.. adehh.. dah berhabuk bersawang dah .. haha..

   Entah lah.. aku pon tak taw entri ni pasal apa.. tapi.. bila aku pergi hantar n ambil adik2 aku balik sekolah.. kadang2 aku macam tak percaya yang zaman tu dah tak mungkin lagi wujud untuk insan yang bernama Putri Zainah binti Amin Buhari..

    Kalau dulu masa sekolah rendah.. aku lahh wakil rumah sukan yang aktif untuk acara lumba lari 100m , 200m, lompat tinggi n lontar peluru...^^ tapi sekarang.. itu hanya tinggal kenangan saje.. rasa macam seronok je tengok noni n tisya pergi sekolah..^^

haha.. bila zaman persekolahan ni di kenang.. sedih jugak.. nak pulak bila teringat dengan sekolah menengah..^^ time tengah sekolah bukan main lagi tak sabar nak habis .. tapi rupanya.. kemanisan zaman persekolahan itu hanya dapat dirasai apabila perpisahan menjelma..^^

   kawan2 aku semua dah buat kerja masing2.. dah takde dah nak gaduh2.. haha.. walau macam mana pon kita kutuk kawan kita.. in the end.. kita akan rindu dengan dia jugak.. seyes.. huhu..

oh ya...lupa nak inform.. aku dapat dah result spm... ^^
huhu.. walaupun tak melepasi target aku.. tapi.. dah Allah nak bagi.. kita kena bersyukur kan?

aku dapat 3A , 3A- , 3B+ and 2D.. (jangan la gelak sebab ada D) frankly speaking.. aku amat berbangga dengan keputusan 2D aku... sebab aku target dapat E.. wahh! banggo den..! hahah..
subjek ape?

A = Bahasa Malaysia
A = Mathematics ( aku mmg minat pon subjek ni..)
A = Science ( aku rase patutnya aku ambik aliran sc)
A- = Perdagangan ( unexpected result)
A- = Sejarah  ( o_0 ! sangat2 tak percaya..! sbb target B)
A- = Bahasa Arab 
B+ = Bahasa Inggeris ( ok .. fine.. sbb ni aku expect dpt a..)
B+ = psi 
B+ = PQS 
2 D ialah addmath n akaun.. 


huhu... senget jugakk laa result aku.. yg time trial dpt A jd B.. yang dpt B jd A..
adehh..^^