Myspace Backgrounds
-->

Sunday, March 24, 2013

Ungiven Letter..

Assalamualaikum My Future Imam..

To My Future Husband..

     Tahukah engkau bahawa Allah sangat menyayangi aku dengan dasyatnya?

   Kadangkala seringkali terdetik di hati ini dengan sebuah persoalan.. Mengapa Allah sering mengujiku .. tepat di hatiku..bahagian yang rapuh dalam diri ini.. Namun kini .. aku sudah tahu jawapannya..Allah tahu dimana tempat yang paling tepat agar aku sentiasa kembali mencintai-Nya, mengingati-Nya. Ujian demi ujian InsyaAllah akan membuat diriku menjadi semakin kuat .. sehingga saat Allah membenarkan kita bertemu.. kau bangga memiliki aku di hatimu...

    My future Husband..

Entah dimana dirimu saat ini . Namun aku yakin bahawa Allah mencintai kamu sebagaimana Dia mencintai aku. Aku yakin bahawa Dia sedang melatih dirimu untuk menjadi Mujahid yang sebenar sehingga aku pun bangga memiliki mu kelak. Apa yang ku harapkan darimu ialah kesolehan . Semoga sama keadaan dengan dirimu. Kerana apabila kecantikan menjadi tunggak harapan , kau akan jatuh dalam jurang kekecewaan. Aku masih kehausan ilmu namun berbekalkan ilmu yang ada saat ini , aku berharap aku mampu menjadi seorang isteri yang mendapat keredhaan Allah dan kamu..

     My Love..

 Saat aku masih diasuh oleh kedua ibu bapaku.. Pintaku pada Rabb yang satu tidak lain tidak bukan yakni agar menjadi anak solehah yang mampu memberi tabungan yang banyak kepada ibu bapa ku kelak saat disoal oleh Rabb yang Esa. Namun nanti setelah sah menjadi isterimu, aku berharap untuk menjadi pendamping yang solehah agar di syurga kelak cukup hanya aku menjadi bidadarimu dan mendampingimu yang soleh..


      My Dear..


Doakan aku agar terus tabah menempuhi era masa yang kian dihimpit dengan hujan fitnah yang tidak pernah luput. Aku sedang cuba untuk menjadi yang terbaik.^^

      Wahai calon suamiku..


Inilah sekilas coretan harapan, yang aku lakar dalam rangkaian aksara huruf, seperti kata orang " tidak semua yang dirasakan dapat diungkap dengan kata-kata " Itulah kini yang kuhadapi.

Bersabarlah wahai calon suamiku..
Doaku agar Allah memudahkan jalanmu untuk menjemput aku sebagai BIDADARI hidupmu..

No comments:

Post a Comment