Myspace Backgrounds
-->

Thursday, October 31, 2013

Masalah?

     Sedang aku asyik ber-Whatsapp dan ber-Facebooking.. tiba-tiba Beliau menegur aku di ruang chatting Facebook. 

" weh"  bermula dengan perkataan itu lah maka satu penceritaan masalah singgah di pengetahuan aku..=)

       Aku mengerti bahawa saat langkah kaki diorak menuju ke ruang pertempuran antara iman , nafsu dan akal, saat ini lah.. corak langkahan menentukan segalanya.. aku tidak bermaksud berkasih sayang itu haram.. aku tidak menyatakan berperasaan indah terhadap makhluk Allah itu dilarang.. Yang menjadi tanda tanya.. apakah perasaan itu benar Allah turunkan buat hambaNya.. atau gangguan rentetan dari hasutan Syaitan semata-mata?

       Saat salah seorang sahabatku menyatakan bahawa dia telah tewas di medan pertempuran yang membabitkan perasaan sebagai perisai.. Aku jadi kelu.. Mengapa begitu mudah kau serahkan bendera kemenangan kepada perasaan? Namun, aku beristighfar kembali.. Mudah-mudahan itu perasaan dari Tuhan.
Kekeluan aku menjadi ketara pabila aku mendengar masalahnya..

    " Dulu aku minat dekat A.. tapi A taknak percaya... So aku cakap dekat C yang aku suka A.. tapi aku tak tahu yang C tu suka kat aku..So C tu rapatkan antara aku dengan A.. tetibe aku suka C.. and aku confess kat dia.. so kitorang kapel.. then aku cakap dekat A sebab aku dapat tahu yang A ni last nye suka kat aku jugak yang aku dah kapel dengan C. Then A macam frust.. pastu C serba salah,"

        Seperti novel aku mendengar kisah mereka. Tersenyum sendirian. Aku keliru.. Nasihat apakah yang perlu aku berikan? Nasihat yang berbaur penggalakkan ke atas hubungan mereka? Atau Nasihat yang berjaya menarik Beliau agar kembali bangun dan meneruskan jihad yang penuh dengan tipu daya ini?

          Ingin ku teriakk.. " Sahabatt! Belum sampai waktunya untuk kau korbankan bahagian kasihmu yang sepatutnya khas tecipta untuk rusuk kirimu..Belum tiba waktunya untuk kau berlutut mengibarkan bendera kekalahan itu!" Namun.. jeritan yang hanya bergema di sanubari tidak mungkin beliau dengari. 

      Ya.. Aku bukan seperti Saidatina Aisyah yang tetap setia memandang RasulAllah sebagai lelaki pertama yang singgah di hati.. Aku juga kerapkali tergelincir di medan peperangan antara Iman dan Nafsu. Namun yang aku pasti, aku akan tetap bangkit kembali menjulang nama Iman agar tetap berada di tempat yang tertinggi.

          Sahabatku, semoga setiap pilihanmu dibawah lindungan Allah yang Satu. Hanya nasihat yang ringkas dapat kuberi. Tanda betapa hinanya diri ini sehingga gagal menarik seorang yang bernama sahabat dari jurang itu.. Kerana aku tahu, kita perlu kepada pembukaan hati untuk dimiliki.



~UkhuwahFiLLaH~



No comments:

Post a Comment