Myspace Backgrounds
-->

Thursday, October 24, 2013

Ukhuwah..

Ya Alah kau telah temukan hati-hati kami untuk berukhuwah.
Pintaku agar kekalkan tali yang tersimpul rapi antara kami.




Masa terus berjalan tanpa menghiraukan setiap pergerakan manusia atau gelagat makhluk Allah di sekelilingnya. Sebulan tidak terasa akan kehilangannya. Apabila sudah berada di ambang akhir semester.. Barulah aku terpinga-pinga.. ahh.. mungkin kah selepas ini ukhuwah yang terjalin antara kami ini hilang begitu sahaja? Ya Allah.. aku tidak mahu begitu..

       Tutorial 5.. aku tidak nampak kerapatan antara mereka termasuk aku sendiri pada mulanya. Masing-masing membuat hal sendiri mengasingkan antara jantina. walaupun hakikatnya mereka tetap ada tugasan kumpulan yang memerlukan antara mereka itu menghulurkan tali silaturrahim antara mereka. Namun, pada pemerhatian aku, itu hanya dalam kumpulan itu sahaja..

       Mungkin hanya kerana aku merupakan Vice President dalam tutorial itu maka aku berkesempatan untuk berkomunikasi dengan semua sahabat tanpa mengira jantina. Ada kebaikannya juga rupanya mempunyai jawatan. Atau mungkin aku yang kerapkali lantang bersuara dan agak terbuka untuk berkata-kata dengan mereka. Namun apa yang aku tahu, hati mereka baik. Ya.. Aku tahu para gadis di situ menjaga ikhtilat antara mereka.. dan aku mengerti, sebahagian dari mereka tidak tahu bagaimana mahu berkomunikasi secara baik dengan kaum Adam..

      Namun, masa yang tetap berlari laju meninggalkan kami.. seakan-akan tiada simpati dengan keadaan kami. Aku mula rasakan ukhuwah itu pada pengakhiran semester ini.. Saat semua orang sudah boleh berkomunikasi antara satu sama lain dengan senang.. Mengusik seolah-olah bersaudara sambil menjaga ikhtilat antara mereka.. Syabas wahai kaum Hawa, kerana berjaya menjaga namamu disamping membuka langkah baru yang seharusnya perlu dipraktikkan di alam ini.



*Kami tutorial lima*




Moga-moga ukhuwah ini berkekalan sehingga ke semester dua sebelum masing-masing berpisah mengikut haluan mereka =)


No comments:

Post a Comment